Apa itu Pakej Rehabilitasi (Stay in) ?

Pakej Rehabilitasi (Stay in) bermaksud pesakit tinggal bersama kami sambil menjalani pemulihan Stroke.

Ianya biasa kami nilaikan kepada 3 kategori pesakit

1) Terlantar.
2) Semi Terlantar
3) Berdikari.

Kami mempunyai 2 orang Jururawat bertauliah dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dan mempunyai APC.

4 orang Penjaga pesakit (Caregivers) yang terlatih dan mengikuti kursus Basic Life Support serta CPR dengan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.

Kami mempunyai 1 orang Tukang Masak yang fokus untuk penyediaan makanan berdasarkan konsep Diet SUKU-SUKU-SEPARUH iaitu 1/4 karbohidrat, 1/4 Protein dan 1/2 Sayuran dan Buahan.

Selain itu kami mempunyai 4 orang Fisioterapi yang berkelulusan Ijazah dan Diploma dalam Bidang Fisioterapi, 2 orang pembantu Fisioterapi dan Founder sendiri mempunyai kemahiran memulihkan kes Neurologic Anggota Stroke.

Biasa kami akan sediakan sebutharga berdasarkan maklumat yang di berikan dan kemampuan pesakit/keluarga atau waris pesakit.

Sama ada pesakit atau waris sediakan sendiri penjaga atau mengambil perkhidmatan Caregiver dengan kami.

* Biasa kami sediakan pakej jagaan berkonsepkan Sharing/perkongsian Caregiver.

1. Jadual menukar pampers setiap 4 jam atau 5 jam atau mengikut keperluan.

2. Positioning pesakit setiap 2-4 jam bagi kes pesakit Terlantar (Bedridden).

3. Sediakan pemakanan melalui Ryles tube atau Diet pemakanan untuk pesakit Stroke mengikut kalori/keperluan pesakit.

4. Bagi Pesakit Obesiti kami akan buat Diet untuk kurangkan berat badan dan kembali sihat.

5. Bagi pesakit yang kurus, kami akan berikan kalori lebih untuk menaikkan berat badan dan lebihkan kepada Protein dan Gizi Seimbang bagi membina Otot kembali.

6. Jadual untuk membersihkan Kahak melalui Trakeostomi dan juga jadual untuk Mandi di Bilik Air/Sponge untuk pesakit terlantar (Bedridden).

7. Pakej Dobi dan kebersihan.

*Kami juga bantu dari segi permohonan fasilitis dengan zakat atau baitulmal/Agensi kerajaan mengikut kelayakan yang di tetapkan oleh mereka. Namun kelulusan tertakluk kepada prosedur pihak agensi kerajaan.

Links
  • Home
  • Features
  • Research
  • Team
Info
  • About
  • Pricing
  • Contacts
  • Office


About

Satu Projek Komuniti untuk membantu pemulihan pesakit Stroke bersama Persatuan Komuniti Pesakit Neuro/Stroke Malaysia. 

Social

Made with ‌

No Code Website Builder